ABOUT
RAJA SEMINAR SPM
IQ Works sudah ditubuhkan sejak 13 tahun yang lalu & berpengalaman dalam mengendalikan seminar SPM (100-500 pelajar setiap minggu). Syarikat ini cukup dikenali dengan pelbagai FORMULA mantap iaitu STUDY SMART EXTREME YANG TELAH TERBUKTI BERKESAN sejak belasan tahun lagi. Maka, IQ Works membawakan IQ Xtreme Online Tuition sebagai inisiatif bagi pelajar SPM yang tidak dapat bersemuka dalam pembelajaran.
Sejak dari dahulu, IQ menekankan kepada kaedah formula (Study Smart) untuk skor dalam peperiksaan SPM SELARI DENGAN SILIBUS SPM YANG TERKINI (dari KBSM kepada KSSM). IQ turut diiktiraf di sekolah menengah kerana mematuhi silibus terkini & membantu pelajar dalam meningkatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah.
IQ telah mengadakan seminar di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kelantan. Dahulunya IQ juga mengendalikan seminar SPM, PT3 dan UPSR. Kini fokus utama IQ hanya tertumpu pada peperiksaan SPM sahaja.
Teknik belajar STUDY SMART EXTREME yang pantas dan mudah ditangkap oleh minda ini telah menarik minat ramai pelajar dari dahulu lagi. Sejak tahun 2012, jumlah anggaran pelajar yang telah menyertai seminar (face-to-face) adalah lebih kurang 40 ribu.
Pada mulanya kaedah ini banyak digunakan untuk subjek Sejarah SAHAJA, kemudian telah berkembang penggunaannya kepada subjek Sains, Biologi, Kimia, Matematik dan lain-lain.